Selain untuk berkongsi maklumat, blog ini juga menjadi medan latihan bagi saya mengasah kemahiran menterjemah. Sebarang komen untuk memperbetul mahupun memperbaiki lagi mutu terjemahan amatlah dialu-alukan. Selamat membaca.
:: UNTUK MELIHAT TEKS SUMBER, KLIK PADA TAJUK ENTRI ::
Pada burung-burung yang berterbangan di atas jemalanya
Pada sang lelabah yang menenun sarang suci
Demi menyelamatkannya daripada ditemui
Iri hati ku pada awan-gemawan cetusan samudera
Yang memayunginya dari terik mentari
yang sinarnya tidak mampu menandingi
seri wajahnya yang semarak bercahaya
Menerangi kegelapan malam gelita
Ku iri pada pepohon tak bermata yang menatapi
Susuk tubuhnya dibuai kekusyukan
Tidak ketahuan kiranya fajar sudah menyingsing
Ataupun langit malam masih seiring
Bersama mereka yang bersujud dan berpuasa
Semata-mata kerana diamarkannya
Dengan kebenaran dan kemuliaan,
Ihsan yang nyata daripada Tuhan
Rahmatnya mengiringi insan utusan
Buat melentur hati menuju syurgawi
Ku mencemburui mereka yang berada di sisinya
Yang menjadi saksi kepada arus perubahan
Tatkala yang haq mengatasi kebatilan
Dan kembalinya sinar harapan
Lelaki, wanita dilimpahi rahmat kerana dia
Dengan cita-cita menghadap Yang Maha Mulia
Ku iri pada cangkir yang mengisi minumannya
Fikrahnya mencanai pemikiran kita
Satugagasan yang menjadi wadah
Mengilhaminya untuk beramal mulia
Bagiku dunia ini tiada manfaat
Andai gagal menerima syafaat
Daripada dirinya kepada Tuhan sepanjang zaman
Ketika turunnya wahyu berkala-kala
Ku mengesali mereka yang berasa hairan
Mendengar ungkapannya mentauhidkan Tuhan
Adapun dirinya diutus Tuhan kepada manusia
Untuk mengasah ketajaman jiwa
Kesombongan diri mengaburi mata
Daripada suluhan nurnya
Diajarinya kita menjadi hamba Tuhan
Dan dialah bakal menyelamatkan
Manusia daripada dosa kesumat
Tuhan sentiasa di sisi Muhammad
Maka pada hari penuh rahmat ini diraikan
Kerana lahirnya dia menyerikan musim bunga
Flora menghijau harum mewangi
Sehijau kubah tempatnya bersemadi.
:: :: :: :: ::
U: Selawat dan salam ke atas Muhammad bin Abdullah, rasul junjungan kita. Marilah kita sama-sama menghayati sirah hidup baginda dan mencontohi keperibadian yang terpuji ini.
On Apr 16 nwa commented on menjadikan rak buku Terima kaseh berkongsi perihal kategori dan penyusunan buku. Cuma gambar2 disertakan tidak dapat...(more)
On Apr 16 nwa commented on menjadikan rak buku Terima kaseh berkongsi perihal kategori dan penyusunan buku. Cuma gambar2 disertakan tidak dapat...(more)