Selain untuk berkongsi maklumat, blog ini juga menjadi medan latihan bagi saya mengasah kemahiran menterjemah. Sebarang komen untuk memperbetul mahupun memperbaiki lagi mutu terjemahan amatlah dialu-alukan. Selamat membaca.
:: UNTUK MELIHAT TEKS SUMBER, KLIK PADA TAJUK ENTRI ::
Pada burung-burung yang berterbangan di atas jemalanya
Pada sang lelabah yang menenun sarang suci
Demi menyelamatkannya daripada ditemui
Iri hati ku pada awan-gemawan cetusan samudera
Yang memayunginya dari terik mentari
yang sinarnya tidak mampu menandingi
seri wajahnya yang semarak bercahaya
Menerangi kegelapan malam gelita
Ku iri pada pepohon tak bermata yang menatapi
Susuk tubuhnya dibuai kekusyukan
Tidak ketahuan kiranya fajar sudah menyingsing
Ataupun langit malam masih seiring
Bersama mereka yang bersujud dan berpuasa
Semata-mata kerana diamarkannya
Dengan kebenaran dan kemuliaan,
Ihsan yang nyata daripada Tuhan
Rahmatnya mengiringi insan utusan
Buat melentur hati menuju syurgawi
Ku mencemburui mereka yang berada di sisinya
Yang menjadi saksi kepada arus perubahan
Tatkala yang haq mengatasi kebatilan
Dan kembalinya sinar harapan
Lelaki, wanita dilimpahi rahmat kerana dia
Dengan cita-cita menghadap Yang Maha Mulia
Ku iri pada cangkir yang mengisi minumannya
Fikrahnya mencanai pemikiran kita
Satugagasan yang menjadi wadah
Mengilhaminya untuk beramal mulia
Bagiku dunia ini tiada manfaat
Andai gagal menerima syafaat
Daripada dirinya kepada Tuhan sepanjang zaman
Ketika turunnya wahyu berkala-kala
Ku mengesali mereka yang berasa hairan
Mendengar ungkapannya mentauhidkan Tuhan
Adapun dirinya diutus Tuhan kepada manusia
Untuk mengasah ketajaman jiwa
Kesombongan diri mengaburi mata
Daripada suluhan nurnya
Diajarinya kita menjadi hamba Tuhan
Dan dialah bakal menyelamatkan
Manusia daripada dosa kesumat
Tuhan sentiasa di sisi Muhammad
Maka pada hari penuh rahmat ini diraikan
Kerana lahirnya dia menyerikan musim bunga
Flora menghijau harum mewangi
Sehijau kubah tempatnya bersemadi.
:: :: :: :: ::
U: Selawat dan salam ke atas Muhammad bin Abdullah, rasul junjungan kita. Marilah kita sama-sama menghayati sirah hidup baginda dan mencontohi keperibadian yang terpuji ini.
Terima kasih kerana sudi bertandang ke sini... Sekarang ini masih lagi musim bunga di Hemisfera Utara...Tikah masih sempat pergi ke sana untuk menikmatinya ;)
musim bunga kat belanda cantik bangat penuh dgn warna warni tulip tu itulah salah satu kebesaran Allah dan banyak kebesarannya hingga tak kira oleh kita
kak chik, kalau terjemahkan Anugerah musim bunga ni ke bahasa urdu bley tak hehehe
Alamak, kak chiq dah mula berangan dah nih... pakai terompah pi ladang tulip kutip bunga warna-warni berlatar belakangkan kincir angin yang ligat berputar ... harus masukkan dalam 'wishlist' ni nanti... hehe
Salam kak chik, terima kasih singgah blog saya, memang seronok musim bunga ni, hati pun turut berbunga2, saya pernah diberi peluang merasa musim bunga di beberapa negara di europe, cuma rasanya di japan juga yang seronok
Terima kasih kerana sudi menjengah ke teratak kak chiq ni. Wah! tentu cantik musim bunga di Jepun ya? Bunga sakura di mana-mana... patutla Kamato suka, nama saudara pun dah ala-ala hero Jepun dah tuu...hehe... gurau noo.. ;)
On Apr 16 nwa commented on menjadikan rak buku Terima kaseh berkongsi perihal kategori dan penyusunan buku. Cuma gambar2 disertakan tidak dapat...(more)
On Apr 16 nwa commented on menjadikan rak buku Terima kaseh berkongsi perihal kategori dan penyusunan buku. Cuma gambar2 disertakan tidak dapat...(more)
8 comments:
Salam Kak...
anugerah musim bunga.... seronok kalau dpt merasanya...
Salaam Tikah,
Terima kasih kerana sudi bertandang ke sini...
Sekarang ini masih lagi musim bunga di Hemisfera Utara...Tikah masih sempat pergi ke sana untuk menikmatinya ;)
VpeaceV
salam kak chik
musim bunga kat belanda cantik bangat
penuh dgn warna warni tulip tu
itulah salah satu kebesaran Allah dan banyak kebesarannya hingga tak kira oleh kita
kak chik, kalau terjemahkan Anugerah musim bunga ni ke bahasa urdu bley tak hehehe
Salaam Pak Itam,
Tidak ada ciptaan Allah yang sia-sia.
Alamak, kak chiq dah mula berangan dah nih... pakai terompah pi ladang tulip kutip bunga warna-warni berlatar belakangkan kincir angin yang ligat berputar ... harus masukkan dalam 'wishlist' ni nanti... hehe
Kya? Urdu hey? Ohhh neyhi! neyhi! ;}
VpeaceV
Salam kak chik, terima kasih singgah blog saya, memang seronok musim bunga ni, hati pun turut berbunga2, saya pernah diberi peluang merasa musim bunga di beberapa negara di europe, cuma rasanya di japan juga yang seronok
Salaam Sdr. Kamato,
Terima kasih kerana sudi menjengah ke teratak kak chiq ni.
Wah! tentu cantik musim bunga di Jepun ya? Bunga sakura di mana-mana... patutla Kamato suka, nama saudara pun dah ala-ala hero Jepun dah tuu...hehe... gurau noo.. ;)
VpeaceV
Assalamualaikum Kak Chiq
saya tak pernah lalui musim bunga
tapi pernah lalu di bawah pokok durian sedang berbunga
he he
Wassalam
Wa'alaikumussalam Atuk Rozali,
lalu di bawah pokok durian tengah berbunga tak pe lagi, atuk... kalau masa dah berbuah... bahayo! kena pakai helmet! heheh...
VpeaceV