Selain untuk berkongsi maklumat, blog ini juga menjadi medan latihan bagi saya mengasah kemahiran menterjemah.

Sebarang komen untuk memperbetul mahupun memperbaiki lagi mutu terjemahan amatlah dialu-alukan. Selamat membaca
.

:: UNTUK MELIHAT TEKS SUMBER, KLIK PADA TAJUK ENTRI ::

26 Mei 2010

Sorotan Hari Ini : Angkasawan Wanita Amerika Pertama

Jika anda ingin mencari kerja, cubalah merujuk kepada ruangan iklan kerja kosong di akhbar-akhbar. Demikianlah yang dilakukan oleh seorang wanita yang telah membawanya ke angkasa lepas. Ketika usianya 26 tahun dan telah pun memegang empat ijazah, Sally Ride ternampak suatu iklan program angkasawan kendalian NASA di akhbar Universiti Stanford. Ride dan lebih 8,000 yang lain telah menghantar permohonan; 35 orang diterima menyertai program tersebut, termasuk enam orang wanita, Ride salah seorang daripadanya. Enam tahun kemudian, Ride telah berlepas dalam penerbangan sulung kapal angkasa Challenger; pada tahun 1984, beliau terbang semula ke angkasa lepas, kali ini dalam suatu misi selama lapan hari. Ride telah mengarang beberapa buah buku untuk kanak-kanak, kesemuanya berkisar tentang angkasa lepas dan sistem suria. Beliau juga telah menubuhkan beberapa buah organisasi bertujuan untuk memberi galakan kepada remaja perempuan untuk melanjutkan pengajian mereka dalam bidang matematik, sains dan teknologi. Selamat hari lahir kepada Sally Ride yang berusia 59 tahun hari ini.


:: :: :: :: ::


Bilalah agaknya Malaysia akan menghantar angkasawan wanita (angkasawanita?) pertama ke angkasa lepas? Mungkinkah pada tahun 2020?

1 Comment:

ainhany berkata...

salam kak chiq,

apa kabar? lama ceq tak singgah sini,...mohn diampun yer..

Tahniah satu penghargaan buat wanita :) tahniah Sally Ride, bukan mudah untuk jadi lagu nie...Jadi dia akan dipanggil angkasawati??? atau angkasawani??? cam pelik jer...tak pe.....kak chiq boleh translatekan..

Bila gamaknya malaysia nak jemput saly buat roadshow?? pastu baru boleh g sanaaaaa...

Catat Ulasan | Feed



 
^

Powered by BloggerOMNI-TERJEMAHAN by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License