Selain untuk berkongsi maklumat, blog ini juga menjadi medan latihan bagi saya mengasah kemahiran menterjemah.

Sebarang komen untuk memperbetul mahupun memperbaiki lagi mutu terjemahan amatlah dialu-alukan. Selamat membaca
.

:: UNTUK MELIHAT TEKS SUMBER, KLIK PADA TAJUK ENTRI ::

11 Disember 2009

Pernahkah seorang raja England menolak penghormatan untuk menaiki takhta?

Pada tarikh ini dalam tahun 1936, Edward VIII, raja Great Britain dan Ireland selama 325 hari, menjadi Raja England pertama yang telah turun takhta secara sukarela. Oleh kerana dilamun cinta dengan Wallis Simpson, seorang janda bangsa Amerika, Edward memilih untuk melepaskan takhta daripada melepaskan wanita yang dianggap sebagai calon yang tidak sesuai menjadi bakal permaisuri England. Adinda baginda, Albert, telah dimahkotai sebagai Raja George VI pada 12 Mei, 1937. Sebulan kemudian, Edward dan Wallis Simpson pun bernikah. Edward memegang gelaran Duke of Windsor dan baginda serta isteri menetap di luar negeri sepanjang hayat mereka. Keluarga diraja England tidak begitu menerima Duchess itu sebagai ahli kerabat mereka, namun pada 1972, Ratu Elizabeth II telah menziarahi pasangan tersebut semasa lawatan rasmi baginda ke Perancis. Apabila Duke itu mangkat beberapa hari kemudian, Duchess telah diberi layanan sepenuh hormat sebagaimana yang dituntut oleh gelaran beliau.

Duke dan Duchess of Windsor

:: :: :: :: ::

U : Buang takhta kerana cinta tidak mengapa, asalkan jangan buang emak, buang saudara dek kerana turutkan kekasih, sudahlah.

4 comments:

Cikgu Ibrahim berkata...

Salam, Saya berminat mengikuti blog ini kerana maklumat yang berguna di dalamnya.

Cikgu Ibrahim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mybabah berkata...

Salam. Saya juga ingin berkenalan dengan pemilik blog ini kerana minat kita yang sama.

umiazuddin berkata...

Salaam Cikgu Ibrahim dan Mybabah,

Bertuahnya saya kerana dikunjungi oleh pejuang tegar Bahasa Melayu seperti tuan berdua. Terima kasih daun keladi, bila lapang, datanglah lagi. :)
Salam ukhuwwah saya hulurkan. Diharap blog ini dapat menawarkan (walau sedikit pun) manfaat kepada pengunjungnya. Mohon tunjuk ajar daripada tuan berdua. :)
Saya dahului dengan ucapan TERIMA KASIH.

VpeaceV

Catat Ulasan | Feed



 
^

Powered by BloggerOMNI-TERJEMAHAN by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License