Selain untuk berkongsi maklumat, blog ini juga menjadi medan latihan bagi saya mengasah kemahiran menterjemah.

Sebarang komen untuk memperbetul mahupun memperbaiki lagi mutu terjemahan amatlah dialu-alukan. Selamat membaca
.

:: UNTUK MELIHAT TEKS SUMBER, KLIK PADA TAJUK ENTRI ::

04 November 2009

Sorotan Hari Ini : Siapakah yang mencipta mesin daftar tunai?


James dan John Ritty telah menghasilkan prototaip mesin daftar tunai dan mempatenkan ia pada tarikh ini dalam tahun 1879. James Ritty merupakan seorang penjaga sebuah bar yang para pelayannya sering kali menggelapkan keuntungan dengan tidak menyerahkan wang tersebut kepada bos mereka. Adiknya, John, merupakan seorang mekanik. Mereka berdua pun bekerjasama mereka cipta sebuah mesin yang boleh merekodkan urus niaga tunai di bar tersebut. Mereka menggelari alat ciptaan mereka itu "Juruwang Ritty yang Amanah". Alat itu tidak mempunyai laci wang tunai; sebaliknya terdapat punat kekunci yang mewakili jumlah wang tertentu. Pekerja akan menekan kekunci yang berkenaan bagi setiap jualan, lantas urus niaga tersebut terus terdaftar pada waktu itu juga. Pada penghujung hari kerja, Ritty dapat mengenal pasti sekiranya ada wang yang hilang.
Kesudahannya, Ritty bersaudara itu mengambil keputusan untuk menjual kepentingan masing-masing dalam kilang mesin daftar tunai yang dibuka mereka. John H. Patterson telah membeli hak milik dan menukar nama syarikat tersebut kepada National Cash Register Company.



:: :: :: :: ::

U : Walau secanggih mana pun ciptaan peralatan kawalan pada masa kini, ada saja manusia yang pasti akan cuba menerobosinya. Tiada apa yang dapat mengatasi kecanggihan otak manusia melainkan Penciptanya.

2 comments:

Imran Paris berkata...

Kak Umi, hebatnya akal ciptaan Allah, seronok baca artikel ini.

Saya doakan ayah Umi sihat sejahtera segera.

Umi Azuddin berkata...

Salaam 'adik' Im ;)

Terima kasih kerana sudi menjengah lagi. Ya, memang hebat ciptaan Allah. Meskipun banyak penemuan sudah diketahui berkenaan otak kita, namun masih banyak lagi misterinya yang belum terungkai. Organ yang hanya seberat 3 paun ini dapat mengawal dan menyenggara fungsi-fungsi sistem tubuh manusia yang berlipat ganda beratnya... Subhanallah!

Terima kasih atas doa Cik Im. Ayahanda saya dalam keadaan stabil, alhamdulillah. :)

VpeaceV

Catat Ulasan | Feed



 
^

Powered by BloggerOMNI-TERJEMAHAN by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License