Selain untuk berkongsi maklumat, blog ini juga menjadi medan latihan bagi saya mengasah kemahiran menterjemah.

Sebarang komen untuk memperbetul mahupun memperbaiki lagi mutu terjemahan amatlah dialu-alukan. Selamat membaca
.

:: UNTUK MELIHAT TEKS SUMBER, KLIK PADA TAJUK ENTRI ::

13 November 2009

Sorotan Hari Ini : Movember?


Maksud anda November, bukan? Tidak. Maksud kami, Movember. Menurut ceritanya, pada 1999, sekumpulan lelaki di Adelaide, Australia, mendapat idea untuk mengumpul derma dengan mengajak orang menaja misai mereka. Mereka mengambil keputusan untuk mendedikasikan bulan November bagi tujuan ini, dan menggelarinya ‘Movember’ (gabungan kalimah ‘misai’ dan ‘November’). Idea tersebut telah berkembang menjadi acara sepanjang bulan bagi usaha mewujudkan kesedaran dan mengumpul dana bagi tujuan amal kebajikan kaum lelaki, terutamanya dalam isu berkaitan barah prostat dan kesihatan mental kaum lelaki. Tahun lalu, di Australia sahaja, kira-kira 125,000 orang lelaki telah menyimpan misai, dan lebih $8 juta telah dikumpulkan untuk Yayasan Kanser Prostat dan beyondblue, sebuah organisasi kebangsaan yang menangani masalah depresi atau kemurungan dan masalah kesihatan mental yang lain. Ada hanya beberapa syarat sahaja bagi lelaki yang ingin menyertai usaha amal ini. Mereka harus mula dengan muka yang bersih bercukur pada 1 November dan menyimpan misai sepanjang bulan tersebut – jambang dan janggut tidak dibenarkan.



:: :: :: :: ::


U : Macam-macam gelagat dan ragam manusia. Geli pula rasanya membayangkan misai yang panjang berfungsi sebagai "penapis teh" semula jadi...hehe. Apa-apa pun, kesihatan dan kebersihan diri harus diutamakan. Rasul kita s.a.w juga menggalakkan kaum Muslimin agar memotong/menipiskan misai dan menyimpan janggut.

2 comments:

Azemi Ali berkata...

Salam ukhwah.

Adakah puan seorang penterjemah professional. Mutu terjemahan puan amat baik sekali. Ada tak buku yang sudah puan terjemahkan di pasaran?

umiazuddin berkata...

Salam ukhuwwah Tuan Azemi..

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini dan meninggalkan komen. Saya 'hijau' lagi dalam bidang terjemahan ini. Belum ada buku terjemahan sendiri di pasaran. InsyaAllah, jika ada rezeki, harap-harap tahun 2010, impian itu dapat menjadi kenyataan. Amin. :)

VpeaceV

Catat Ulasan | Feed



 
^

Powered by BloggerOMNI-TERJEMAHAN by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License