
Dewan Besar Perpustakaan Kongres

Dewan Besar Perpustakaan Kongres
Vincent Van Gogh sememangnya seorang seniman yang cemerlang tetapi emosinya terganggu. Beliau mengalami kemurungan dan sering diserang epilepsi atau sawan. Tahun yang paling prolifik dan berjaya bagi Van Gogh adalah sewaktu beliau menghabiskan masa di Arles, Perancis; pada Oktober 1888, sahabatnya, yang juga seorang pelukis, Paul Gauguin, menyertai beliau di sana. Walau bagaimanapun, setelah beberapa bulan, kedua-dua mereka mula bertegang leher. Selepas suatu pertengkaran yang sangat sengit, Gauguin terus meninggalkan Arles. Lantas, dalam keadaan marah dan kesal, pada hari ini, dalam tahun 1888, Van Gogh telah memotong hingga putus bahagian bawah telinga kirinya dengan pisau cukur. Meskipun berada dalam penjagaan doktor, tingkah laku Van Gogh yang bergolak itu tidak beransur pulih. Pada Julai 1890, setelah bertengkar dengan salah seorang daripada doktornya, Van Gogh telah menembak dirinya sendiri di dada. Beliau meninggal dunia dua hari kemudian. Van Gogh telah menghasilkan lebih seribu buah lukisan dan lakaran tetapi hanya berjaya menjual satu sahaja semasa hayatnya.

Pasangan Curie sedang bekerja keras di makmal mereka.
:: :: :: :: ::
U : Allah tidak pernah menciptakan segala sesuatu dengan sia-sia.

Duke dan Duchess of Windsor
:: :: :: :: ::
U : Buang takhta kerana cinta tidak mengapa, asalkan jangan buang emak, buang saudara dek kerana turutkan kekasih, sudahlah.

“Belum pernah saya menyaksikan layanan mesra penuh keikhlasan dan semangat persaudaraan yang begitu teguh sebagaimana yang diamalkan oleh insan-insan yang terdiri daripada pelbagai warna kulit serta bangsa di kota suci purba ini, bumi Ibrahim, bumi Muhammad serta para anbiya dalam Kitab-kitab suci. Dalam masa seminggu yang telah berlalu, saya benar-benar terkelu lagi terpesona dengan budi pekerti yang dipamerkan oleh manusia daripada pelbagai warna kulit di sekeliling saya."

Akta Pencegahan Merokok Keluarga dan Kawalan Tembakau – diluluskan sebagai undang-undang pada Jun 2009 – menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 50% daripada bahagian hadapan dan belakang kotak rokok harus dikhaskan untuk diletakkan amaran tentang kesan bahaya rokok terhadap kesihatan. Jika anda sedang berfikir-fikir hendak berhenti merokok tetapi belum berupaya melakukannya, inilah harinya. Hari ini merupakan acara tahunan yang ke-32 bagi The Great American Smokeout atau Hari Tanpa Rokok Amerika yang ditaja oleh Persatuan Kanser Amerika, diadakan setiap tahun pada hari Khamis ketiga bulan November. Peraturannya mudah sahaja : Jangan merokok selama 24 jam. Mungkin anda akan terdorong untuk berhenti merokok buat selama-lamanya. Beberapa tip berguna untuk berhenti merokok : amalkan kegiatan aktif, minum banyak air dan jus, ubahkan rutin anda, elakkan situasi yang boleh mendorong anda untuk merokok, dan berpakatlah dengan teman yang boleh membantu anda lalui hari tersebut dengan jayanya...dan hari-hari mendatang.
Pada 18 November, 1963, telefon tekan butang boleh didapati secara komersial di dua bandar di Pennsylvania sebagai pilihan alternatif kepada telefon dail putar; ia ditawarkan dengan harga yang lebih mahal sedikit. Pelbagai reka bentuk telefon jenis baru telah diperkenalkan di Pameran Dunia Seattle pada tahun sebelumnya. Reka bentuk telefon yang paling popular ialah Model 500, yang dicipta oleh Henry Dreyfuss, seorang pereka industri. Berikutan reka bentuk asas telefon dail putar, peralihan kepada sistem nada sentuh, dengan empat
barisan nombor menggantikan kedudukan dail telah menjadi mudah. Oleh kerana setiap nombor mempunyai nada yang berbeza pada ketika itu, anda boleh memainkan suatu lagu dengan mendail nombor telefon. Bahkan, buku-buku lagu pernah diterbitkan, dengan nombor sebagai menggantikan not muzik.
Karya Monet :
Water Lilies
:: :: :: :: ::
U : Teringat lirik lagu Allahyarham P. Ramlee :
Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan...

:: :: :: :: ::
U : Kalaulah persatuan kemanusiaan sebegini menghargai kesentosaan sesama manusia sebagaimana mereka begitu prihatin terhadap kesejahteraan haiwan terbiar, mungkin situasi di Palestina dapat ditangani dengan lebih berkesan.
:: :: :: :: ::
U : Ada seorang rakan penterjemah yang ingin mencari calon isteri-isteri berlainan bangsa dari 4 benua berbeza yang juga berkerjaya sebagai penterjemah dengan harapan memperolehi zuriat-zuriat yang berupaya memahami berbilang bahasa! Semoga beliau berjaya dan bolehlah membuka sebuah perniagaan keluarga yang menawarkan perhidmatan penterjemahan antarabangsa ;-}
Oleh JOHN ROGERS, Penulis Associated Press.
Lembu :)
Rak buku yang teratur dan kelihatan seimbang dapat memudahkan kita mencari buku. Berikut adalah beberapa tip untuk membina sebuah perpustakaan yang teratur, efisien lagi mudah digunakan.
angkan kesan lembapan yang boleh menyebabkan kulapuk.

oleh Ola Attallah, wartawan IOL
Kehidupan Abu Anas Al-Banna, isterinya dan 10 anak mereka terbatas pada ruang di dalam rumah kecil mereka di Gaza City.
Mereka terkurung di dalam rumah sendiri, sama seperti keluarga-keluarga lain di Gaza.
Anak-anak tidak lagi ke sekolah, dan si bapa pula tidak lagi pergi ke tempat kerja mahupun bersembahyang di masjid.
Mereka bimbang akan menjadi korban tentera Israel yang menggempur kawasan melarat di sempadan pinggir laut itu semenjak hari Sabtu dan telah meragut lebih 414 nyawa.
Keluarga Al-Banna menempuh masa siang mereka dalam terketar-ketar tatkala bunyi ledakan bom serangan Israel, yang kini masuk hari yang keenam, berdentam-dentum membingitkan telinga.
Ibu bapa yang menderita ini terus menerpa setiap kali anak mereka mendekati tingkap atau berani membuka pintu untuk mengintai ke jalan-jalan yang lengang di luar.
“Kami betul-betul takut,” kata si isteri, sambil memegang erat anak lelakinya, Sami, 3 tahun, yang tidak henti-henti menangis.
“Saya sendiri pun mahu menjerit cemas, tapi saya tidak boleh buat begitu. Saya harus tabah demi anak-anak saya. Kalau tidak, apa akan terjadi kepada mereka.”
Si bapa yang tidak berdaya itu mengumpulkan keluarganya lalu sama-sama mereka memanjatkan doa.


U : Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.
Semoga mereka yang terkorban ditempatkan Allah bersama golongan Abrar. Amin.
Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin. Turunkanlah bantuanmu kepada mereka. Tiada daya dan kuasa melainkan dengan daya dan kuasa mu, ya Allah, yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Engkaulah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Amin.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Marilah kita sama-sama berusaha meringankan sedikit beban saudara-saudara kita di sana dengan menghulurkan sumbangan kepada badan-badan amal seperti Islamic Relief Malaysia, MERCY Malaysia mahupun tabung-tabung khas yang diadakan untuk membantu mangsa-mangsa serangan di Gaza. Semoga Allah permudahkan usaha para sukarelawan menyalurkan bantuan-bantuan tersebut.
Katak-katak itu saling berpandangan seketika tanpa berkata apa-apa. Kemudian barulah mula berbual rancak tentang punca pertembungan itu yang berlaku jauh dari kampung halaman masing-masing. Girang rasanya hati katak itu apabila mendapat tahu rakannya juga mempunyai niat yang sama – untuk mendalami lagi tentang tanah air sendiri. Memandangkan katak-katak itu tidak perlu tergesa-gesa, maka kedua-duanya pun merehatkan badan di kawasan yang lembap lagi sejuk, dan bersetuju untuk menghilangkan penat terlebih dahulu sebelum berpisah untuk menuju ke haluan masing-masing.
“Alamak!” teriak katak Osaka, “Kyoto betul-betul seperti Osaka. Sungguh tidak berbaloi perjalanan yang jauh ini. Saya hendak pulanglah!”
![]() | OMNI-TERJEMAHAN by UsuárioCompulsivo original Washed Denim by Darren Delaye | ![]() |

